Friday, April 30, 2010

metafora: si anak gajah


seekor anak gajah dirantai sejak kecil pada sebatang tiang.

pada mulanya anak gajah itu meronta2 untuk melepaskan diri.

anak gajah itu tidak terdaya kerana kakinya masih kecil., manakala rantai serta tiang yang menambatnya begitu kuat.

hari demi hari dicubanya, tetapi anak gajah itu tidak dapat melepaskan diri.

lama kelamaan anak gajah tidak mahu mencuba lagi kerana takut dengan risiko kegagalan.


setelah bertahun dalam keadaan itu, anak gajah membesar sebagai gajah dewasa.

badan, kaki dan lain2 anggota badannya sudah turut membesar lebih daripada rantai dan tiang yang menambatnya sejak kecil.

secara logiknya dengan sekali rentap sahaja besi besi dan tiang itu boleh tercabut.

sayangnya, gajah itu tidak pernah berfikir untuk berbuat begitu.

kenapa?

kerana ia sudah hilang keyakinan diri.

pengalaman gagal semasa kecil menyebabkan gajah tidak mahu mencuba lagi.

padanya, ia tetap tidak mampu melakukannya.


INILAH BAHANA HILANG KEYAKINAN.

dan dalam kehidupan manusia, apa yang dialami oleh gajah itu sering juga terjadi.

khususnya, buat umat islam yang sekian lama dijajah oleh musuh dalaman dan luarannya.

semangat juang menjadi luntur.

bangkitlah wahai pejuang agama Allah.

sama2 membangunkan ummah, INSYA'ALLAH..

TAKBIR!

Tuesday, April 20, 2010

CINTA HAKIKI



ASSALAM ALAIK...

salam ukhwah,
salam mahabbah buat semua yang sudi membaca blog ana.

SUBHANALLAH,
maha suci ALLAH yang telah menciptakan alam yang serba indah ini.
alam yang menjadi tempat persinggahan buat hamba2NYA yang bernama insan.
insan yang sering alpa mencari cinta ALLAH,
cinta yang hakiki.
insan yang mudah jatuh, mudah lemah dengan ujian2 seperti aku.

ALHAMDULILLAH,
segala puji hanya bagi ALLAH yang masih mengizinkan ana menarik dan menghembuskan nafas rindu kepadaNya.
ALLAH jualah yang telah menciptakan tubuh dan jasad yang serba sempurna ini.
sesungguhnya tiada yang lebih sempurna jika dibandingkan dengan kesepurnaanNYA.

ALLAHUAKBAR,
ALLAH jualah yang MAHA BESAR.
DIAlah yang Maha Berkuasa mentadbir alam ini..
DIAlah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba2Nya..
ALLAH sahajalah yang berhak menentukan sesuatu terhadap apa yang DIA ciptakan.

tasbih, tahmid dan takbir telah diluahkan.
tapi adakah aku benar2 pasakkan di dalam hati pengertian ungkapan zikir yangku lafazkan?
aduh...
pedih rasanya hati ini bila mengenangkan kekhilafanku terhadap dosa2ku.
aku berdosa!
ampuni aku ya ALLAH...
ampuni aku ya ALLAH...
ampuni aku ya ALLAH...

namun,
adakah diri ini layak menerima keampunan dari ALLAH?
aku yang terlalu lemah ini?!
aku bimbang...
aku takut...
terlalu banyak dosaku padaNYA...

satu yang ku pasti..
ALLAH itu Maha Pengampun..
jika benar hati insan itu ikhlas mencintaiNya,
tiada yang mustahil untuk Allah mengampunkan hamba2NYA.
aku rasa terpanggil untuk mencari cintaNya itu.
tika aku diuji dengan beban yang kurasakan tidak mampu kupikul,
pasti kurasakan ALLAH itu semakin hampir denganKU..
aku tahu...
ALLAH merindukan rintihanku..
ALLAH ingin mendengar suaraku memohon pertolongan dariNYA..
tika itulah kurasakan,
akulah yang Allah pilih untuk menerima ujianNYA..
agar aku semakin hampir denganNYA.

Setiap ujian itu adalah pemangkin cinta kita kepadaNYA.
bersabarlah, dan tabahlah wahai diri.
teguhkan iman di dalam hati.
jika rasa hati itu keras,
lebutkan ia.
zikir itu pengubatnya...

wahai diri,
jangan tinggalkan alQuran.
itu bukan buku biasa.
itulah ayat2 ALLAH yang diturunkan buat hamba2Nya,
sebagai pedoman dan panduan dalam mengharungi ujian2 hidup.
jangan biarkan dunia menggelapkan hatimu..
usah leka dengan permainan duniawi.
jika esok adalah hari ajal menjemput,
muhasabahlah...
sebanyak manakah persediaanmu untuk menghadapinya?
atau adakah sibuk dengan dunia yang cuma sementara ini.

KITA DI DUNIA INI HANYALAH SEBENTAR.
KITA HANYA MENYINGGAH DI BUMI ALLAH,
MENCARI BEKALAN UNTUK BERHADAPAN DENGAN AL-KHALIQ DI AKHIRAT KELAK.
WAKTU ITU AKAN TIBA.
BILA2 MASA SAHAJA, IZRA'IL AKAN MEMANGGIL.
MAUT AKAN MENJEMPUT...
AZABNYA AMATLAH PEDIH.
TIADA YANG SANGGUP.

MUHASABAHLAH...
WAHAI DIRIKU YANG SERING LEKA DAN ALPA.

akhir kalam,
salam mujahadah buat semua umat islam.
doakan ana dan umat islam seluruhnya.
maafkan ana jika ada kesilapan ana dalam menulis.
ana mohon teguran dan nasihat dari semua.
jazakumullah...

semoga sentiasa berada dibawah naungan rahmatNya.