Tuesday, December 18, 2012

sembunyi air mata ibu


insan istimewa menghubungiku lagi,, 
dia tidak akan merungut!
namun suara basahnya dapat kubaca sebaiknya..
mak, =')
jangan kau khawatirkan tubuh jasad dan hatiku di sini,,
asalkan kau terus kuat untuk masih bersama kami,,
ayah tidak akan menasihati pada apa yang tak dirisaukan,,
dia menyayangi keluarganya,,,
dan dia tidak akan menjatuhkan airmatanya lagi!
kerana cinta yang subur suci,,
semoga Allah meredhai rindu yang subur mekar tak kusam mati.
selamatkan ayah dalam musafir penghidupannya di lautan Allah,
sematkan ketenangan pada hati mak yang airmatanya disimpan sendiri, agar tak jatuh pada pangkuan pulangnya suami menanti..
Allah,,, =')

syurga buat ayah


Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, 
“Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.”
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)
dia kini punya empat bidadari yang perlu dijaga,,
dan seorang putera yang cukup menghormatinya,,,
dan dia pastilah memikirkan kebahagiaan yang dimiliki ini akhirnya akan diserahkan kepada insan yang bakal bergelar suami bidadarinya nanti,,,
buat ayah yang mengajarku mengenal erti kehidupan melalui cinta pada lautan-Nya dan ciptaan di dalamnya,
aku dan bidadarimu yang lain akan sentiasa mendoakanmu, dan menziarahimu..
ada air mata dibalik senyummu,
melihat anakmu kian dewasa,
dan kau semakin percaya pada anak yang sering tewas ini..
ayah, kudoakan syurga buatmu yang sabar pada puterimu yang empat ini,,
=')
kau didik puteramu Adam dengan keberanian dan kepimpinan,,
kau selitkan kepayahan demi kepayahan dalam diri puteramu,,
kerana kau ingin dia belajar menjadi sepertimu,,, =')

tidak akan ada air mata perpisahan penyerahan tanggungjawab satu hari nanti,
yang ada hanyalah penantian syurga pada dirimu yang berjasa kepada anak perempuanmu..

Sunday, December 16, 2012

pengadilan mutlak


tiada keadilan dan pengadilan yang mutlak di dunia,
melainkan kebahgiaan dalam derita,
kerana dari itu keadilan di akhir sana menanti kita,,
ada singgahsana kekal yang air mata pun tak jatuh padanya,,
usah menantikan pengadilan yang sempurna,,
sebelum disempurnakan hak yang sewajarnya untuk-Nya,,, =')
Allah,,,,,,,

suara hati kecil

Allah,
ampunkan dosaku agar aku tidak menjadi punca azab kpada ibu dan ayah,,
cantikkan hatiku dengan pembersihan dari sebarang persangkaan,,,
indahkan bicaraku agar yang ku ungkapkan, hanyalah tentang kebaikan untuk Islam,,
luhurkan niatku agar tindakanku bukan kerana nafsu yang mencengkam,,
istiqamahkan aku pada keimananku, agar aku terus merasai mahabbah.. kerinduan dan cinta kepada-Mu serta Ra
su-lMu,,
perelokkan akhlaqku agar keredhaanMU untukku adalah hadiah untuk kedua ibu dan ayah,, =')
insya'Allah,, 

kusyukuri atas hati yang kau anugerahi,,
kumanfaati atas perasaan yang kau beri,,,
namun, jadikan hati yang nipis ini, tidak lemah lagi..
tarbiah kurasai, namun lama kependam sendiri.
aku ingin kuat,, seperti dia, ibuku... =')
tidak mahu air mata cinta jatuh lagi!!!

Saturday, December 15, 2012

usah rajukinya lagi,,,

sekiranya dengan rajuk itu dia mampu menenangkan hatinya,, berikannya masa ya Allah...
aku mencintainya,, aku merinduinya,,, dan aku perlukannya,,,,
dia, sahabat yang pernah kuat untuk ujian-ujian yang dihadapinya...
aku ingin untuk itu.... dan tidak akan ada sesiapa yang dapat memahamiku.. 
sesungguhnya aku merinduiMu Allah,,, aku ingin menceritakan segalanya kepadaMu,
sungguhpun aku tahu bahawa Kau lebih mengetahui apa yang ada dalam hatiku, sebelum aku menghadapinya.. Allah, berikanku ketenangan,,,

wahai diri, usah dilayani rajuk dihati,,,
bimbang barah itu kian menular....
tidak ada seorang pun manusia didunia ini akan memahami apa yang kau rasakan melainkan Allah...
amanah yang ada harus aku laksanakan sebaiknya.
insya'Allah.. =')

Subhanallah,,,
ayah, boleh x angah nak jadi macam ayah? =')
sembunyikan segalanya~~~
dan akhirnya rajukmu hilang sendiri.. 
air mata kau usap sendiri,,,
dan kau orak langkahmu ke arah kami...
dan kau senyum kembali untuk satu amanah yang kau tak harus rajuki...

dan aku ingi seperti isterimu,,,
insan yang kugelar "mak"
tenang apabila diuji, bersamamu ketika kau lemah...
menenangkan anak-anaknya tika dalam masalah...
meneruskan langkah seorang wanita berjasa untuk agama,dan insan disekelilingnya,,,

takku mampu luahkan apa yang terbuku pada mereka,
namun Allah telah menghadiahkan aku dua insan istimewa untuk terus kujadikan ikutan.. 
terima kasih mak, ayah...
atas didikan dan kesabaran kalian.. =')
Alhamdulillah...

Tuesday, December 11, 2012

PANGGILAN RINDU-NYA



ya Allah, aku meyakini bahawa ujian yang Kau berikan pastilah ada hikmah disebaliknya.
namun, aku merasakan bahawa diri aku tidak cukup kuat untuk menghadapi semua ini.
apakah masih ada ruang untuk aku sembuh?
jika benar kesakitan ini merupakan tarbiah cintaMu kepadaku,
maka aku sungguh menerimanya dengan penuh cinta. 
jika ini adalah satu bentuk kaffarah dosa, maka ampuni aku ya Allah..
sungguh, aku bertaubat atas dosa-dosa yang pernah aku lakukan..
tak pernah kuduga ujian seberat ini.. 
ujian demi ujian kulalui, namun aku tidak pernah berat menerimanya..
lembutkanlah hatiku ini untuk lebih sabar dan ikhlas untuk berita yang satu ini..
aku merindukan panggilan kasih sayangMu,,
aku ingin sujud dan merintih harap padaMu..

aku mencintai kedua ibu dan ayahku yang sering ada disampingku..
memberi kekuatan untuk aku terus melalui jalan kehidupan yang berliku..

Monday, November 19, 2012

GAZA: suara hatiku


Dengan nama Allah,

Darah demi darah umat Islam dikorbankan. Nyawa demi nyawa disambut tanah satu persatu. Kerakusan kuasa manusia durjana membuatkan agama Islam yang mulia diinjak dan dihina. Pemimpin Islam diburu dan dibunuh. Pejuang kebenaran hak Allah dihiris leher dan dagingnya hanya kerana “kuasa”. Tiada lagi belas kasihan dan perikemanusiaan! Yang ada pada kuffar itu hanyalah sifat kebinatangan, malah lebih dari itu! 

Hari ini, DULU, KINI, DAN SELAMANYA,  anak muda Islam tidak akan sekadar berdiam! Kami bangkit! Membawa perjuangan. Menghulur bantuan. Membawa suara menuntut kebenaran. Menolak sebarang sokongan pada hal yang membantu musuh Islam. Ia bukan sekadar satu keringat biasa! Tapi ia adalah suatu usaha dan doa dari hati yang seolah dikoyak dagingnya, merasai kesakitan dan keparitan saudara seaqidah di sana. Sungguhpun jasad tidak di sana. Yakinlah pada doa sebagai senjata. Dan setiap langkah yang membantu Islam di sini adalah ketenangan buat muslimin yang sedang berperang dan mengorban nyawa.

Akhir kata, ingatlah kalam yang pernah Rasulullah ungkapkan,
“Sungguh, andai matahari diletakkan disebelah tangan kananku, dan bulan ditelapak tangan kiriku, aku tidak akan meninggalkan seruan ini sehingga Islam ini dimenangkan atau aku syahid kerananya..”
Ini jugalah yang masih dipegang oleh umat Islam di Gaza. “Biarlah darah dan nyawa ku gadaikan, aku tidak akan meninggalkan seruan ini sehingga Islam dimenangkan atau aku syahid kerananya..”

Wednesday, November 14, 2012

HARGAI NILAI CINTA "IBU"



seorang ibu tak minta dibalasi baktinya,
namun hargainya dengan menghormatinya dan mendoakannya

biarlah si ibu banyak bercakap atau merungut,
kerana dia layak untuk itu...
terlalu banyak keperitan yang dialami..
kesakitan yang dirasai...
segalanya dipendam seorang diri...

bersabarlah duhai insan yang bergelar anak..
sungguhpun leteran itu untukmu,
dan kau ketahui bahawa ia bukan salahmu...
belajarlah untuk bersabar dengan reaksi keletihan ibumu,,

wajah tua si ibu,
merisaukan umurnya yang semakin menghampiri ajalnya...
hargai masa yang ada bersamanya...
bimbangi nafas terakhir,
 adakah kau diredhai ibumu atau sebaliknya..

ketahuilah, tidurnya pada setiap malam,
tidak lena seperti yang kau dapatkan..
kerana dia hanya memikirkan soal keluarga dan anak,
serta masalah-masalah lain yang kau tidak ketahui..
siapa pernah menyangka,
air mata yang mengalir pada setiap malam,
adalah kerana seorang insan bergelar "anak"

bersabarlah dengan ibumu yang dikasihi,,,
turuti kemahuannya, laksanakan perintahnya..
insya'Allah, pasti Allah akan memberikan ketenangan buat keduanya..

Tuesday, November 13, 2012

Hijrah yang mengingatkan tentang KEMATIAN


UNTUK SATU PENGHIJRAHAN,


KUGAGAHI NAFAS BERBAKI INI DENGAN JIHAD...

TIADA DAYAKU MENGHALANGI JEMPUTAN TALKIN,,

KIRANYA IA ADALAH TAKDIR DARI ALLAH YANG SEMAKIN MENGHAMPIRI..


hari terakhir pada tahun Hijri kali ini, aku dikhabarkan dengan mimpi adik kecilku yang sering menangis kerana rindukan keampunan Allah.

satu malam dia bermimpi, mak,ayah,adik lelakiku dan juga dirinya telah ke satu tempat. dan sesampainya mereka disana, adikku dapati dalam Rumah Allah itu, hanya ada aku dan arwan nendaku. aku sedang berdiri solat menghadap Allah Yang Esa, sedang nenda di tepian tiang dalam masjid,,, seolah menunggu sesuatu. dan adikku ku arah arwah nenda dengan tangisan. apakah petanda mimpi seorang adik kecil yang tak kenal erti dosa maksiat dunia ini. apapun jua, diperingatkan kepadaku, persediaan ke SANA harus isitqamah...

saat hati berbicara ikhlas, berdoa kepada Allah.. mengharapkan penghijrahan kali ini adalah yang istiqamah dan ikhlas keranaNya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu.

Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram.

Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.

dan apabila memasuki awal Muharam, bibir ini berdoa lagi:

Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau.

Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,

“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.

Aku tidak mampu melakar kehidupan mendatang, aku tidak berdaya menduga sebarabg kebarangkalian, dunia yang sementara ini mengajar aku banyak perkara,
Terkadang aku leka dengan permainan dunia, terkadang air mata insaf membasahi kelopak mata. Kerana terfikir betapa banyaknya dosa. Dia cubamenjelaskan padaku..

BIMBANG IMAN TAK BERBUNGA SUBUR


Sekalipun kucuba tuk memadamkan segala permasalahanku, mengikhlaskan apa yang cuba kulepaskan, aku telah menjumpai hatiku yang baru. Namun, hati yang baru itu terlalu nipis tuk ku jaga. Air mata terlalu mudah jatuh ke pipi, memikirkan bukan satu seribu perkara. Mungkin aku masih tidak dapat menstabilkan jiwa dan prasaanku. 
Disaat cinta Allah menyapa, segalanya terasa indah. Diri sentiasa merasa termuhasabah. Aku mula cuba untuk mengenal baik diriku. Semakin kucuba kenal, semakin ku insafi atas dosa-dosa yang pernah ku lakukan. Setiap dosa membuatkan aku tidak mampu menahan sebak dan kecewa dengan diri sendiri. Allah mengatakan, jangan bersedih jika kamu orang beriman. Namun ayatNya membuatkan aku terharu dan lebih sebak. Begitu tinggi kasih dan cinta Allah pada hambaNya. Begitu Allah menyayangi hambaNya yg dlm keadaan berdosa. Taubat yang ikhlas masih diterimaNya. Semakin aku yakin, bahwa dengan usaha dan kesungguhan, taubat ini bukan lagi taubat yang sia-sia. 

Terkadang aku kecewa dengan diriku sendiri. Banyak perkara yang sebenarnya aku mampu halang diriku dari menyambut dosa,namun aku tewas kerana aku lemah. Ya. Aku yang membuatkan diriku lemah. Mataku melihat yang maksiat, telingaku tidak lagi mendengar peringatan tentang kematian. Tanganku tidak lagi mencari buku tarbiah hati. Langkahku bertaburan seolah hanya untuk keduniaan. Tak berarah.  Solatku tidak dirasakan hidup. Layu tak berbunga subur, dengan zikir ikhlas.