Wednesday, March 23, 2011

bila hal cinta ditanya, owh fren. its fitrah.

aku sendiri sebenarnya tidak tahu bagaimana hendak merungkaikan sesuatu yang aku sendiri tidak alami seperti yang lain.. jalan hidup kita semua berbeza. tetapi, perasaan itu fitrah. ia tetap akan hadir. jadi, begini jawapanku pada rakan yang bertanya:
  • perasaan itu akan hadir.. selalulah berdoa kepada Allah bahawa kita akan ditemukan dengan orang yang benar2 dtentukan untuk kita. mahu tidak mahu, perasaan cinta itu bukanlah haram. tapi itu fitrah. kita yang harus mengawalnya. bila ada yan......g hadir, tanda keikhlasannya adalah menerima kita seadanya, tapi bila kita salah, dia berani tegur. bukan dia mencintai kita kerana paras rupa, bentuk badan, atau kelembutan kita. tp, dia akan memikirkan masa depannya dan kebahagiaannya bersama kita dalam satu keluarga yang sakinah, mawaddah, warahmah. ^_^ bila kita rasa orang itu adalah yang tepat, mampu menjadi ketua keluarga yang baik tanpa mengabaikan tanggungjawab dalam islam, maka berdoalah agar perasaan itu dilanjutkan dan ditangguhkan ke masa yang akan tiba. mohonlah agar kita menjadi seorang peneman kepada seorang yang baik tingkah laku dan akhlaknya. terjaga maruahnya, dan bahgia keluarganya. insyaAllah, moga diberkati penyatuan dua hati itu... (^_^)
  • bgaimana klau kita berdoa supaya dia dijadikan utk kita,, tetapi dia pula berdoa utk org lain? :(

  • sayang.... ALLAH itu mengetahui ketetapan yang terbaik buat hamba2Nya.. kalau begitu keadaannya, maka bersangka baiklah pada Allah. apa jua keputusannya, DIA tahu itu yang terbaik buat kita. Allah mendengar doa hamba2Nya. jika kita bersungg......uh2 dalam doa, maka insyaAllah akan dimakbulkan.. letakkan juga perasaan, adakah aku layak mendapat pemakbulan doa dariMu Allah, sedangkan aku masih berbuat dosa. astaghfirullah. seiringkan doa kehendak kita itu dengan perlaksanaan apa yang di suruh dan meninngalkan yang dilarang.. insyaAllah, pasanganmu adalah yang terbaik untukmu, yang akan membahagiakanmu, dan kamu akan menenangkan hatinya selalu. insyaAllah.

semoga yang berkenaan memahami.

CINTA HAKIKI ADALAH CINTA KEPADA ILAHI.
BERUSAHALAH UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA-NYA
JIKA HARI INI KITA TIDAK BERUPAYA MENITISKAN AIR MATA KERANA RINDU KEPADA-NYA,
MAKA GUGURKAN AIR MATA KERANA KETIDAKUPAYAAN ITU,
BILA CINTA MERUNGKAI JIWA,
APA JUA KEPAHITAN TERASA MANIS.
SEGALA DI BUMI MENJADI SAKSI,
BAHAWA CINTA KITA KEPADA YANG KITA RINDUI..
LAKUKAN APA SAHAJA DEMI CINTA KEPADA-NYA,
HATI TERASA CINTA TERISI..

SUBHANALLAH...

mencari sinar tarbiah

tika ujian datang bertimpa2, diri rasa x mampu dan x berdaya.

hidup rasa gundah x berarah,

wajah dilihat tenang seperti laut tidak bergelora,

hati berkocak menyingkap sebuah kesedihan..

mungkin diri sudah lupa pada janji Allah..

tersangkut dengan keduniaan,

terlupa pada keesaan Allah.

hilang tarbiah diri.

rasa hati tidak berisi.

yang bersih mencari ruang yg berbaki,

namun perlu bersesak dan berjuang utk menang merebut tempat.

astaghfirullah........

air mata yang jatuh lambang cinta,

tika jiwa terasa rindu tidak bersempadan.

hidupkan jiwa hambaMu ini ya Allah..