Monday, February 11, 2013

KEGAGALAN MEMBICARAKAN KEBAHAGIAAN

kegagalan, demi kegagalan kau ujiku ya Allah.. dan kini Kau uji ku lagi untuk melihat kesabaranku.. Allah,, ingin sekali aku beritahu pada sekalian insan yang mengasihiku,, bahawa aku tidak mampu lagi untuk meneruskan sesuatu yang mereka harapkan dari aku.. sedang Engkau mengetahui apa yang ada dalam hatiku,,, mengapa ya Allah? aku seringkali cuba mencari hikmah.. dan yang aku temui adalah kesyukuran kepadaMu kerana dibalik ujian yang Kau berikan, Kau seringkali selitkan rahmat dan rezeki yang lebih besar tandingannya daripada kegagalan yang kuperolehi.. dan akhirnya sujudku kepadaMu merubat segalanya.. aku jadi lebih kuat dengan izinMu.. kasih sayangMu semakin menghampiriku. dan aku berjaya menjadi diri aku.. kutemui kebahagiaan disebalik kegagalan.. kerana kebahagiaanku yang terbesar di dunia sementara ini adalah aku dapat berbicara denganMu seikhlasnya dari hatiku..

dalam sakit, hatiku terubat dengan zikir..
cemburu dengan manusia yang gembira dalam keduniaan..
namun aku lebih takutkan azabMu jika melakukan kemungkaran..
ya Allah, jika dengan kekayaan dan kecantikan akan membuatkan aku jauh dariMu,
maka aku mohon agar dijauhkan ujian itu dariku..
biarlah aku menjadi abid yang bersusah dalam diri sendiri untuk jalan yang aku pilih ini,,
daripada aku diangkat tinggi pada mata masyarakat,
padahal rendah kedudukan pada timbangan amalku kepadaMu,,

Allah, ampunkan dosaku yang lalu, agar ia tidak menjadi penghalang untuk aku beroleh redha-Mu,,