Monday, November 19, 2012

GAZA: suara hatiku


Dengan nama Allah,

Darah demi darah umat Islam dikorbankan. Nyawa demi nyawa disambut tanah satu persatu. Kerakusan kuasa manusia durjana membuatkan agama Islam yang mulia diinjak dan dihina. Pemimpin Islam diburu dan dibunuh. Pejuang kebenaran hak Allah dihiris leher dan dagingnya hanya kerana “kuasa”. Tiada lagi belas kasihan dan perikemanusiaan! Yang ada pada kuffar itu hanyalah sifat kebinatangan, malah lebih dari itu! 

Hari ini, DULU, KINI, DAN SELAMANYA,  anak muda Islam tidak akan sekadar berdiam! Kami bangkit! Membawa perjuangan. Menghulur bantuan. Membawa suara menuntut kebenaran. Menolak sebarang sokongan pada hal yang membantu musuh Islam. Ia bukan sekadar satu keringat biasa! Tapi ia adalah suatu usaha dan doa dari hati yang seolah dikoyak dagingnya, merasai kesakitan dan keparitan saudara seaqidah di sana. Sungguhpun jasad tidak di sana. Yakinlah pada doa sebagai senjata. Dan setiap langkah yang membantu Islam di sini adalah ketenangan buat muslimin yang sedang berperang dan mengorban nyawa.

Akhir kata, ingatlah kalam yang pernah Rasulullah ungkapkan,
“Sungguh, andai matahari diletakkan disebelah tangan kananku, dan bulan ditelapak tangan kiriku, aku tidak akan meninggalkan seruan ini sehingga Islam ini dimenangkan atau aku syahid kerananya..”
Ini jugalah yang masih dipegang oleh umat Islam di Gaza. “Biarlah darah dan nyawa ku gadaikan, aku tidak akan meninggalkan seruan ini sehingga Islam dimenangkan atau aku syahid kerananya..”

Wednesday, November 14, 2012

HARGAI NILAI CINTA "IBU"



seorang ibu tak minta dibalasi baktinya,
namun hargainya dengan menghormatinya dan mendoakannya

biarlah si ibu banyak bercakap atau merungut,
kerana dia layak untuk itu...
terlalu banyak keperitan yang dialami..
kesakitan yang dirasai...
segalanya dipendam seorang diri...

bersabarlah duhai insan yang bergelar anak..
sungguhpun leteran itu untukmu,
dan kau ketahui bahawa ia bukan salahmu...
belajarlah untuk bersabar dengan reaksi keletihan ibumu,,

wajah tua si ibu,
merisaukan umurnya yang semakin menghampiri ajalnya...
hargai masa yang ada bersamanya...
bimbangi nafas terakhir,
 adakah kau diredhai ibumu atau sebaliknya..

ketahuilah, tidurnya pada setiap malam,
tidak lena seperti yang kau dapatkan..
kerana dia hanya memikirkan soal keluarga dan anak,
serta masalah-masalah lain yang kau tidak ketahui..
siapa pernah menyangka,
air mata yang mengalir pada setiap malam,
adalah kerana seorang insan bergelar "anak"

bersabarlah dengan ibumu yang dikasihi,,,
turuti kemahuannya, laksanakan perintahnya..
insya'Allah, pasti Allah akan memberikan ketenangan buat keduanya..

Tuesday, November 13, 2012

Hijrah yang mengingatkan tentang KEMATIAN


UNTUK SATU PENGHIJRAHAN,


KUGAGAHI NAFAS BERBAKI INI DENGAN JIHAD...

TIADA DAYAKU MENGHALANGI JEMPUTAN TALKIN,,

KIRANYA IA ADALAH TAKDIR DARI ALLAH YANG SEMAKIN MENGHAMPIRI..


hari terakhir pada tahun Hijri kali ini, aku dikhabarkan dengan mimpi adik kecilku yang sering menangis kerana rindukan keampunan Allah.

satu malam dia bermimpi, mak,ayah,adik lelakiku dan juga dirinya telah ke satu tempat. dan sesampainya mereka disana, adikku dapati dalam Rumah Allah itu, hanya ada aku dan arwan nendaku. aku sedang berdiri solat menghadap Allah Yang Esa, sedang nenda di tepian tiang dalam masjid,,, seolah menunggu sesuatu. dan adikku ku arah arwah nenda dengan tangisan. apakah petanda mimpi seorang adik kecil yang tak kenal erti dosa maksiat dunia ini. apapun jua, diperingatkan kepadaku, persediaan ke SANA harus isitqamah...

saat hati berbicara ikhlas, berdoa kepada Allah.. mengharapkan penghijrahan kali ini adalah yang istiqamah dan ikhlas keranaNya.

Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu.

Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram.

Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,

“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.

dan apabila memasuki awal Muharam, bibir ini berdoa lagi:

Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah, sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada mendekatkan diri kepada Engkau.

Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,

“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.

Aku tidak mampu melakar kehidupan mendatang, aku tidak berdaya menduga sebarabg kebarangkalian, dunia yang sementara ini mengajar aku banyak perkara,
Terkadang aku leka dengan permainan dunia, terkadang air mata insaf membasahi kelopak mata. Kerana terfikir betapa banyaknya dosa. Dia cubamenjelaskan padaku..

BIMBANG IMAN TAK BERBUNGA SUBUR


Sekalipun kucuba tuk memadamkan segala permasalahanku, mengikhlaskan apa yang cuba kulepaskan, aku telah menjumpai hatiku yang baru. Namun, hati yang baru itu terlalu nipis tuk ku jaga. Air mata terlalu mudah jatuh ke pipi, memikirkan bukan satu seribu perkara. Mungkin aku masih tidak dapat menstabilkan jiwa dan prasaanku. 
Disaat cinta Allah menyapa, segalanya terasa indah. Diri sentiasa merasa termuhasabah. Aku mula cuba untuk mengenal baik diriku. Semakin kucuba kenal, semakin ku insafi atas dosa-dosa yang pernah ku lakukan. Setiap dosa membuatkan aku tidak mampu menahan sebak dan kecewa dengan diri sendiri. Allah mengatakan, jangan bersedih jika kamu orang beriman. Namun ayatNya membuatkan aku terharu dan lebih sebak. Begitu tinggi kasih dan cinta Allah pada hambaNya. Begitu Allah menyayangi hambaNya yg dlm keadaan berdosa. Taubat yang ikhlas masih diterimaNya. Semakin aku yakin, bahwa dengan usaha dan kesungguhan, taubat ini bukan lagi taubat yang sia-sia. 

Terkadang aku kecewa dengan diriku sendiri. Banyak perkara yang sebenarnya aku mampu halang diriku dari menyambut dosa,namun aku tewas kerana aku lemah. Ya. Aku yang membuatkan diriku lemah. Mataku melihat yang maksiat, telingaku tidak lagi mendengar peringatan tentang kematian. Tanganku tidak lagi mencari buku tarbiah hati. Langkahku bertaburan seolah hanya untuk keduniaan. Tak berarah.  Solatku tidak dirasakan hidup. Layu tak berbunga subur, dengan zikir ikhlas.