Tuesday, November 13, 2012

BIMBANG IMAN TAK BERBUNGA SUBUR


Sekalipun kucuba tuk memadamkan segala permasalahanku, mengikhlaskan apa yang cuba kulepaskan, aku telah menjumpai hatiku yang baru. Namun, hati yang baru itu terlalu nipis tuk ku jaga. Air mata terlalu mudah jatuh ke pipi, memikirkan bukan satu seribu perkara. Mungkin aku masih tidak dapat menstabilkan jiwa dan prasaanku. 
Disaat cinta Allah menyapa, segalanya terasa indah. Diri sentiasa merasa termuhasabah. Aku mula cuba untuk mengenal baik diriku. Semakin kucuba kenal, semakin ku insafi atas dosa-dosa yang pernah ku lakukan. Setiap dosa membuatkan aku tidak mampu menahan sebak dan kecewa dengan diri sendiri. Allah mengatakan, jangan bersedih jika kamu orang beriman. Namun ayatNya membuatkan aku terharu dan lebih sebak. Begitu tinggi kasih dan cinta Allah pada hambaNya. Begitu Allah menyayangi hambaNya yg dlm keadaan berdosa. Taubat yang ikhlas masih diterimaNya. Semakin aku yakin, bahwa dengan usaha dan kesungguhan, taubat ini bukan lagi taubat yang sia-sia. 

Terkadang aku kecewa dengan diriku sendiri. Banyak perkara yang sebenarnya aku mampu halang diriku dari menyambut dosa,namun aku tewas kerana aku lemah. Ya. Aku yang membuatkan diriku lemah. Mataku melihat yang maksiat, telingaku tidak lagi mendengar peringatan tentang kematian. Tanganku tidak lagi mencari buku tarbiah hati. Langkahku bertaburan seolah hanya untuk keduniaan. Tak berarah.  Solatku tidak dirasakan hidup. Layu tak berbunga subur, dengan zikir ikhlas.

No comments:

Post a Comment