Dengan nama Allah,
Darah demi darah umat Islam dikorbankan. Nyawa demi nyawa
disambut tanah satu persatu. Kerakusan kuasa manusia durjana membuatkan agama
Islam yang mulia diinjak dan dihina. Pemimpin Islam diburu dan dibunuh. Pejuang
kebenaran hak Allah dihiris leher dan dagingnya hanya kerana “kuasa”. Tiada
lagi belas kasihan dan perikemanusiaan! Yang ada pada kuffar itu hanyalah sifat
kebinatangan, malah lebih dari itu!
Hari ini, DULU, KINI, DAN SELAMANYA, anak muda Islam tidak akan sekadar berdiam!
Kami bangkit! Membawa perjuangan. Menghulur bantuan. Membawa suara menuntut
kebenaran. Menolak sebarang sokongan pada hal yang membantu musuh Islam. Ia bukan
sekadar satu keringat biasa! Tapi ia adalah suatu usaha dan doa dari hati yang seolah
dikoyak dagingnya, merasai kesakitan dan keparitan saudara seaqidah di sana.
Sungguhpun jasad tidak di sana. Yakinlah pada doa sebagai senjata. Dan setiap
langkah yang membantu Islam di sini adalah ketenangan buat muslimin yang sedang
berperang dan mengorban nyawa.
Akhir kata, ingatlah kalam yang pernah Rasulullah ungkapkan,
“Sungguh, andai matahari
diletakkan disebelah tangan kananku, dan bulan ditelapak tangan kiriku, aku
tidak akan meninggalkan seruan ini sehingga Islam ini dimenangkan atau aku
syahid kerananya..”
Ini jugalah yang masih dipegang oleh umat Islam di Gaza. “Biarlah darah dan nyawa ku gadaikan, aku
tidak akan meninggalkan seruan ini sehingga Islam dimenangkan atau aku syahid
kerananya..”

No comments:
Post a Comment