UNTUK SATU PENGHIJRAHAN,
TIADA DAYAKU MENGHALANGI JEMPUTAN TALKIN,,
KIRANYA IA ADALAH TAKDIR DARI ALLAH YANG SEMAKIN MENGHAMPIRI..
hari terakhir pada tahun Hijri kali ini, aku dikhabarkan dengan
mimpi adik kecilku yang sering menangis kerana rindukan keampunan Allah.
satu malam dia bermimpi, mak,ayah,adik lelakiku dan juga dirinya
telah ke satu tempat. dan sesampainya mereka disana, adikku dapati dalam Rumah
Allah itu, hanya ada aku dan arwan nendaku. aku sedang berdiri solat menghadap
Allah Yang Esa, sedang nenda di tepian tiang dalam masjid,,, seolah menunggu
sesuatu. dan adikku ku arah arwah nenda dengan tangisan. apakah petanda mimpi
seorang adik kecil yang tak kenal erti dosa maksiat dunia ini. apapun jua,
diperingatkan kepadaku, persediaan ke SANA harus isitqamah...
saat hati berbicara ikhlas, berdoa kepada Allah.. mengharapkan
penghijrahan kali ini adalah yang istiqamah dan ikhlas keranaNya.
Ya Allah, sesungguhnya pada tahun ini aku melakukan larangan-Mu
tetapi aku belum bertaubat sedangkan Engkau tidak reda dan melupai perkara itu.
Engkau menangguhkan azab-Mu yang ditetapkan kepadaku. Engkau
memerintahkan supaya aku bertaubat. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon
keampunan daripada Engkau, ampunilah aku. Dan apa yang aku lakukan pada tahun
ini yang Engkau redai dan Engkau janjikan pahala, maka aku memohonnya daripada
Engkau, ya Allah yan Karim yan Zal Jalali Wal Ikram.
Selepas doa di atas dibaca, berkatalah syaitan,
“Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku mengoda anak Adam
pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca
doa itu, Allah mengampunkannya setahun”.
dan apabila memasuki awal Muharam, bibir ini berdoa lagi:
Demi kelebihan-Mu yang maha Agung dan kemurahan-Mu yang melimpah,
sesungguhnya pada tahun baru ini aku memohon daripada Engkau perlindungan
daripada syaitan yang direjam, pengikutnya, tenteranya dan penolongnya dan aku
memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendorong ke arah
kejahatan dan melalaikan aku dengan perkara yang tidak berfaedah daripada
mendekatkan diri kepada Engkau.
Selepas dibaca doa itu, syaitan berkata,
“Telah amanahlah anak Adam ini daripada godaanku pada tahun ini
kerana Allah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan”.
Aku tidak mampu melakar kehidupan mendatang, aku tidak berdaya
menduga sebarabg kebarangkalian, dunia yang sementara ini mengajar aku banyak
perkara,
Terkadang aku leka dengan permainan dunia, terkadang air mata
insaf membasahi kelopak mata. Kerana terfikir betapa banyaknya dosa. Dia
cubamenjelaskan padaku..


No comments:
Post a Comment